Sunday, June 30, 2013

Day 2: Sabah best bah!.. Pulau Manukan kami datang!..

Assalamualaikum...



Jesselton Point  Aparu Holiday Tours..



Taman Tunku Abdul Rahman ni, ada 5 Pulau (P. Manukan, P. Sapi, P. Mamutik, P. Sulug & P. Gaya)


Pulau Manukan!!...



Ouh yea.. harga untuk bot ke 1 pulau ni. seorang RM17+RM3.60 (tax-student)..Kira okay la kan?. tapi belum masuk barang sewa..Kalau nak tambah lagi 1 pulau, tmbh lagi RM10..haa..berbaloi-baloi..rasanya okay sebab agensi lain, RM22 untuk 1 pulau..Ikut keadaan la..hee..tapi..ad juga yg dapat lebih murah..xpe lah..

Sewa barang pula, kami sewa snorkel dan life jaket je..

Masa ni, kita dah kena decide nak sewa barang apa dan nak balik jam berapa.


Ini bot dari company lain.. tak boleh suka-suka naik je tau..




Sambil tunggu tu, sempat la posing kejap.

Jom naik boat!..Pemandu boat ni baik gila. nasihat macam bapa2..jangan tinggal barang, jaga itu, jaga ini.. Haik!


Sesudah tiba di jeti Pulau Manukan

Selamat datang..Selamat datang..

Sampai sana, carilah port untuk letak barang...


Thanks cikgu Alex






Cikgu Alex tangkapkan!...

This is our World!

Naaaa......best banget!

Ada nemo, sea anemone, sea urchin, fishes!. Sayangi Taman Laut kita!..:)

Ure so cool!!..:D

Suka!!...

Jom berpimpin tangan..:P



*Tapi amaran, memberi makan kepada ikan xboleh act, akan menganggu ekosistem semulajadinya...hee




Nah roti, ikan ni bijak, dia tak confius..haha
tangan pun dah kecut bah

Haaa...ikan ni ikan confius!...

Ini lah dia, dah la besau, makan roti cukup la. dia gigit pula jari..tak de la gigit tapi terasa la sedutan kat jari ni..





Hasil sewa tikar RM5, bentang kat pantai, boleh le makan-makan..


Teruskan snorkeling, Cikgu Alex bawa ke tengah ya. without life jaket
Bergerak bersungguh-sungguh, macam2 jenis hidupan ada...terasa macam..

"Ya, ini jiwa aku!'

Cikgu Alex turun bawah, ambil macam-macam hidupan bagi pegang, aku pegang macam nak bawa balik je, tapikan..dia minta balik..cis!..iyalah..kita jangan kacau dia okay..dan lepaskan semula..

Pegang siput besar giler, starfish,sea cucumber, coral, fishes..macam2 laaaaaa.....

Seronok sangat,



Kali ni lagi best, ombak kuat.. setiap kali bot lalu, rasa melambung..tapi lautan kan sahabat baik i..Terima kasih jaga saya!..:P

Cikgu Alex, mana dia pergi pun, setiap saat dia tengok, dia tak akan tinggal.. Thanks Alex..


Lepak-lepak tepi pantai, ada life guard yang lain..masa ni la kenal sidiq, syafiq., dll..

Kat Pulau Manukan ni, ada muzium..


Cikgu Azrin, hero Izni. err...

Baju merah cikgu Alex,  baju hitam Syafiq, dari Marine research unit, iyakan?. Bertatu itu nda kenal pula aku..tapi rasanya dia ini yang sedang bersedih sebab ayam sabung mati.

Pakcik kiri ini tak kenal, pakcik kanan ni, nama ikan nemo...dia Bos 


Background Pulau Manukan
Background jeti dan Pulau

Betapa ramainya orang..
Terjumpa brader ni, rupa-rupanya, dia bawa banana boat!. dan dia dari Aparu, so..kami boleh la tumpang balik..

Rock woo ini brader..Dia bawa bot sangat laju sampai baju izni basah semula.hee


iNi kawan baru kami dari Tokyo, lepas ni pergi Jepun boleh call dia..



Bye Pulau Manukan, lepas ni aim terbesar Pulau Sipadan!!..
InsyaAllah kami datang!..:D


Din, Kawan baru jumpa sambil jalan, orang Utara ni, 

Sampai hotel, din call ajak pergi makan, muh kita..jumpa kawan-kawan dia..mereka ini pun bertiga juga.. Hebat juga mereka ini berjalan.. tawau, semporna bagai..rupa-rupanya, kami pernah terjumpa kat Pulau Manukan sebelum tu, tapi sorry, tak perasan..:P

Shy Ahmad, din n Am.. semua utara mari..

Mungkin jelas ketara kami datang melancong. keow teow goreng RM12..err..bleh bayangla makanan lain dan air macam mana..tak apa la makcik..halal je la..


Day 1: Sabah best bah!..

Assalamualaikum... Memandangkan baru beberapa hari balik dari Sabah, kenangan-kenangan manis/pahit tu seakan-akan masih segar. Dikesempatan ini, rasa nak sangat story kat sini..Tapi sebab apa?.. 

1. Boleh la jadi mini panduan kepada yang nak bercuti ke Sabah..mini sebab xde la menarik sangat kot.. 
2. Boleh la diri ini baca2 semula nnti mungkin 10 tahun akan datang sanbil2 senyum panjang..

*eyh? Ok cukup mukadimah!. 

 23 JUN 2013 

Pagi ini bersiap secara luar biasa. Hari terakhir semester 4 di UNIMAS. Nasib barang2 dah kemas malam tu, tapi masalahnya ialah...

Berat+banyak barang!.. 
Naik Air Asia ni, tu la masalahnya..luggage pula, amik 15 kg je. campur dengan barang izni, total 30kg ingtkan cukup untuk 2 orang kami ni..

Flight pagi ni jam 9.40. Thanks Pak Cik Razak tolong hantar ke Airport...

Benda pertama yang kami buat adalah cari penimbang!!.. Gile kau nak main redah je..Kalau terlebih 30 kg sapa nak bertanggungjawab?. Timbang punya timbang, total 38 kg kot!. Extra 8 kg....

Bergegas cari port, keluarkan barang, sumbat dalam backpack sampai beg pun nak muntah....

Part paling sadis, beberapa buku catatan, tshirt, tudung 2 helai, dan ap lagi ntah, masukkan dalam plastik, letak tepi dulu.

Bergerak nak drop luggage, 31 kg, org tu kata, sama ada tmbh RM35 utk 1 kg, atau keluarkan barang lagi. 

Last2, kami keluarkan juga barang. Izni pun sadis, keluarkan sesuatu tu, wakaf ke surau..haha daebak!

..................................................................................................................................................................

11.20 macam tu, Selamat sampai di Terminal 2, Kota Kinabalu.. wahhh excited!.. 

Makan di KFC, Solat dan kemas barang. Ligat tangan atur beg, Beg laptop dan barang2 yang tak penting, rancang nak tinggal pada aunty Mimi je.. 

Jam 1.30 mcam tu, sorang lagi gang kami sampai dari Penang. kira cukup la korum kami bertiga... Aunty Mimi ambil dan hantar ke hotel kat Kampung Air.

Katanya, kawasan ni Black Area tapi nasib ramai orang, dekat dengan semua tempat, kira okay la. Alhamdulillah, selamat sehingga ke sudah.. Memandangkan semua masih segar, muh kita mula berjalan, tak kan nak terperap je kan.. 

Destinasi pertama, First Beach Tanjung Aru.. Macam mana sampai sini?. Naik uncle teksi....dalam 10 minit je kot!.. Kena Rm6 sorang, kira RM18 la satu keta..xpa la uncle

Ada brader dalam kereta perli kami..*Pelik ka tngkap gmbr kat sini brader?.err..





Macam-macam ada kat sini.. Ramai sangat orang, Ada ala2 food court..macam2 ada..jagung rebus, jeruk, goreng2, kerepek, bakar-bakar..dll..:D
Jeruk pelbagai rasa..
Sayap-sayap!.

Kami grab jagung rebus!.:)
Pastu, cari port la nak bersantai!...so, kami pilih duduk kat kerusi Sugarbun..
Cari port..cari port..


Ukur matahari masa ni..

Sebabkan dah sampai sini............I'm waiting for someone.. 



Orang ini sgt penting buat saya.. Dia la tempat I story mory, tempat I nangis2  kat UNIMAS...Sebab dia ni la, I pindah rumah..nak juga duduk serumah.. Pulun sangat, sampai angkat tilam tidur bilik dia masa awal n penghujung sem..

*Apa guna kau duduk bilik single cik fiqa uyh!..

Okay!..orgnya adalah.......... Kak Niza..:D

Vogue kan..hihi..

Nampak x muka bahagia dapat jumpa..hihi

Sembang-sembang serupa bertahun xjumpa...
*padahal baru 2 hari xjumpa...Excited tu lain sikit sebab jumpa kat sini.

niat nak tgok sunset...Tercapai la juga...

Sambil2 tu makan kacang kak niza belanja..hee

Masa ni xhabis2 dok "Bila matahari nak turun nih."




Sikit lagi wahai matahari..


cantik !..

Cukup jgn over..

Dah-dah...jom gerak!.

Ramai lagi orang duh..
Yang bestnya tempat ni..ada surau tau..tapi kecik ja la.. Org muda tu, azan kuat2..
Kalau yg duk main pantai lagi tu xtau la den nak kata apo.

Usha-usha lagi makanan apa ada..haha

Pilih-pilih.haha
Last-last, sayap yang dibeli..

Jom gerak!..Lepas tu, kak niza ajak g Perdana Park...cantik!
Izni pula xhabis-habis dengan "Toilet dia cantik'..


Specialnya, ada water mountain

Tgok la air menari ikut rentak lagu. bijak ini air..:P

Merah-merah delima.. 
Best..lagu semua lagu tradisional..


We love this place..:)

Okay, cukup Perdana Park, kami jalan la tnpa arah tuju.. Sampai dah penat, kami tahan teksi nk g Pasar Filipin..RM20 1 keta..

Nah gambo

Besau ini udang..

Macam-macam ada...


Ini murtabak special katanya, dlm dia sayur..sedap la..

Sebelah kiri tu ubi jeruk, sebelah kanan tu, seaweed mentah perah limau, letak cabai kot..
Jalan punya jalan...sampai tempat ni, dekat2 je...



macam padang besaq..

.. Ini lah salah satu threat for seahorse..:(

Penat berjalan dan cari makanan, kami pulang dengan megah!.. Kak niza bye2..mak cik dia amik kat Pasar..

..hasil kutipan sepanjang jalan.

Jom makan...kek coklat je dari seberang jaya ohkay!..



*Masih terasa berada di Sabah..
*Sila jangan lupa diri ya Fiqah!..

lupa nak kabo..ada gambar dari izni, ada gmbar dri kamera sndri.mohon halal.:P