Wednesday, August 29, 2012

Kenapa saya memilih untuk berfikiran positif?..=.=


Assalamualaikum w.b.t.


Salam Syawal.:)

Sebenarnya, isu ini sengaja dibangkitkan untuk menenangkan diri sendiri..=.=
Tapi dalam masa yang sama, harapan bila dilanda ujian begini kelak, solusinya tetap memillih untuk berfikiran positif..insyaAllah..

Tindakan dia tu, tindakan yang negatif dan kita sama2 tahu.. Bagi diri sendiri ini, perlu ka kita berfikiran positif lagi?..dia yg untung la?..Seronok la dia?..dia buat benda yang agak kurang baik pun kita masih fikir benda positif lagi kat dia?..
Alhamdulillah..jika begini, selamat wahai hati..:)

Selalunya, kita akan berfikiran negatif jika kita mendengar sesuatu perkara itu dari mulut orang lain, kita melihat tetapi kita tidak tahu kebenarannya, kita membuat perbagai andaian tanpa kita memahaminya dan boleh jadi juga kita tahu kebenarannya tetapi hati tetap menidakkanya...

Jadi..dalam usaha menjernihkan hati, wajar kita berfikiran positif...
Bertanya dan terus bertanya untuk tahu kebenaran, memiliki ilmu dan memahami, elak mendengar sesuatu yang enak di dengar tetapi kosong isinya dan sesungguhnya, tetap pendirian untuk tidak bersyak wasangka itu penting..

Konklusinya,kita berhak memilih. berfikiran negatif, ya, menyakitkan hati..berfikir positif, insyaAllah mendamaikan hati..:)

Perlukah kita memilih yang menyakitkan sedangkan kita diberi pilihan utk memilih yang mendamaikan?

Think twice..:)

Monday, August 27, 2012

Kehidupan, ya kehidupan...=.=


Sememangnya, sekali bersahabat, selamanya sahabat..
Tapi kenapa?
Sebelah pihak ja ka yg mesti ada pendirian ni?
Sebelah pihak lagi macam mana la haai..?
Acapkali kita sering melepaskan tangan dan berharap sebelah pihak lagi yang beralah, tetapi kadang2, ego mesti kena pada tempatnya..:)
Mempertahankan ego seringkali tewas kerana terlampau berfikiran positif dan meletakkan keyakinan yang teramat tinggi

Kadang2 penat
Ya, jangan salahkan pertemuan kerana perpisahan..
Saya memang sayangkan anda..
Sebab anda ya, orang yang saya sayang..:)
Semoga Allah pelihara dirimu dan diriku jua..
InsyaAllah...

Walau apa pun, keyakinan ini masih utuh, kepercayaan ini masih seperti dulu, rasa ini lebih kuat berbanding dahulu..

Banyak yang telah dicuba, tapi pengakhirannya tetap sama. Kadang2 rasa gusar..apa akan jadi akhir nnti tapi ya, Allah telah tetapkan segala-galanya. Semoga Allah pelihara dan redha dengan setiap langkah perjalanan hidup ini..InsyaAllah...

Dan yang perlu kau tahu, adalah dariku..bukan dari orang di sekelilingmu bahkan bukan dari orang yang tiada bersamaku..kerana sesungguhnya, setiap persoalan itu, jawapannya ada padaku. Mendengar dari pihak yang lain, bukanlah prinsipku....

Maafin daku..=.=

Andai kau tahu apa ada dengan ini....

Thursday, August 16, 2012

Ramadhan kian berakhir

Kesedihan yang kian terasa memandangkan ramadhan yang bakal meninggalkan kita dan dalam masa yang sama gembira menyambut syawal yang bakal tiba...
Semoga ditetapkan iman dan insyaAllah, harap ini bukan ramadhan yang terakhir..

Ya Allah, aku belum bersedia..=.=

Friday, August 10, 2012

Sem Baru, Misi Baru..:)

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadhan ke-22, Salam mengejar Lailatur Qadar...:)

10 Ogos 2012.............................
10 Sept 2012..............................

Ya!!!...Kawan2 seangkatan pastinya tahu kan apa makna perbezaan tarikh di sini?

Hmm... Sebulan lagi..sebulan!..Ya sebulan...lepas tu, insyaAllah kebanyakkan rakan2 akan memulakan Sem baru di pusat pengajian masing - masing kan?
Macam kat UNIMAS, mungkin 10 Sept ni, kelas dh mula.. 8 pagi, ramai dah bergegas ke kelas..Masa tu, masalah daftar course mungkin xselesai lagi..Arghh,..kalau fikir banyak ni, boleh serabut kepala otak..Bukan apa, pernah x hampa2 semua rasa,