Wednesday, August 29, 2012

Kenapa saya memilih untuk berfikiran positif?..=.=


Assalamualaikum w.b.t.


Salam Syawal.:)

Sebenarnya, isu ini sengaja dibangkitkan untuk menenangkan diri sendiri..=.=
Tapi dalam masa yang sama, harapan bila dilanda ujian begini kelak, solusinya tetap memillih untuk berfikiran positif..insyaAllah..

Tindakan dia tu, tindakan yang negatif dan kita sama2 tahu.. Bagi diri sendiri ini, perlu ka kita berfikiran positif lagi?..dia yg untung la?..Seronok la dia?..dia buat benda yang agak kurang baik pun kita masih fikir benda positif lagi kat dia?..
Alhamdulillah..jika begini, selamat wahai hati..:)

Selalunya, kita akan berfikiran negatif jika kita mendengar sesuatu perkara itu dari mulut orang lain, kita melihat tetapi kita tidak tahu kebenarannya, kita membuat perbagai andaian tanpa kita memahaminya dan boleh jadi juga kita tahu kebenarannya tetapi hati tetap menidakkanya...

Jadi..dalam usaha menjernihkan hati, wajar kita berfikiran positif...
Bertanya dan terus bertanya untuk tahu kebenaran, memiliki ilmu dan memahami, elak mendengar sesuatu yang enak di dengar tetapi kosong isinya dan sesungguhnya, tetap pendirian untuk tidak bersyak wasangka itu penting..

Konklusinya,kita berhak memilih. berfikiran negatif, ya, menyakitkan hati..berfikir positif, insyaAllah mendamaikan hati..:)

Perlukah kita memilih yang menyakitkan sedangkan kita diberi pilihan utk memilih yang mendamaikan?

Think twice..:)

3 comments:

Sila komen kalau rasa suka..Kalau xsuka pun komen je..:)
Sini tiada yang akan makan hati..:)..Eh?!.