Sunday, July 8, 2012

Jatuh Cinta itu fitrah..:)


Assalamualaikum...

Sapa sini pernah jatuh cinta? Ehem..rasa mcm dh cukup matang ka ckap soal cintan cintun ni?
Matang dh sikit.Kot!. 



Sebenarnya, tujuan asal berbicara ini banyak kepada diri sendiri, teman2 dan dalam kalangan masyarakat kita tanpa mengira usia, darjat,keturunan n what so ever...(ok bajet mcm suma org baca..)


Jatuh cinta yang sebenar-benarnya itu datangnya dari hati. Kadang-kadang tu, hati rasa kosong..kosong..(versi najwa latif jap), xtau nak buat apa, buat ini xkena, buat itu xkena.Ya ka sebabnya xda rasa cinta. Ya Mungkin! . 

Anda akan mempunyai masalah jika anda tiada rasa cinta sesama manusia tetapi anda lebih..lebih..lebih bermasalah jika anda tiada rasa cinta kepada Allah. Cinta manusia sangatlah luas, cinta kepada ibu bapa, saudara mara sepupu sepapat dan lain2 cinta.




Masalah global yang kita hadapi adalah cinta secara berlebih-lebihan antara manusia yang tiada ikatan yang sah, means..tidak halal bagimu atau dalam erti kata lain,couple (rasa sangat malu untuk taip ini). Ini Allah larang, Ya, ulang sekali lagi, Allah larang, para ulama' larang, Ustaz Ustazah larang, insan yang mencintai Allah dan Rasul juga larang. 

Pernah kita tnya kenapa cinta antara manusia yang tiada ikatan ini dilarang? Pernah?Alhmdulillah kalau jawapan yg kita terima itu membuka hati kita, membuka minda kita bahawa apa yang dilarang itu mestilah bersebab dan semestinya untuk kepentingan diri kita juga. Larangan yang Allah buat ni bukan saja-saja tapi sebab Allah sangat memahami kita, Allah tahu macam mana kita rasa bila kita jatuh cinta. Macam mana Allah tahu ni? Sebab Allah yang mencipta hati kita..:) 

Allah melarang tapi Allah tidak pula menghalang! Ini macam mana pula ni? Ya, Allah melarang tapi Allah tidak menghalang, Allah buka jalan untuk kita meluahkan rasa cinta kita. Apa yang Allah buat pula dah? Haa!. Allah selesaikan dengan mencipta sebuah Perkahwinan (ok!.boleh start renyeh2..:)).. Mengikut dari sumber yang boleh dipercayai, perasaan cinta orang yang dah berkahwin ini lebih indah dari orang yang bercinta tapi xkahwin2 lagi. Xpercaya? ce tanya tgok. (of course I xtau sbab I xkhwin lagi naa..). Sebabnya, bila dah berkahwin ini, segala bagai adalah pahala..Kan3??..:).Tapi, kalau xkahwin ni, bnyaknya adalah dosa. Waallahualam..:)

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang mencintai-Mu, Mencintai makhluk yang mencintai-Mu dan
Mencintai amalan yang dicintai-Mu..
amiinn.....

Cinta Allah itu abadi. Allah mencintai setiap hamba-hambanya. Sampai hati kita manusia ini biar cinta Allah bertepuk sebelah tangan? Dalam erti kata lain, tidak meletakkan cinta kepada Allah sepenuhnya. Sedangkan..ya sedangkan....segala nikmat kesihatan, kesenangan dan segala nikmat itu datangnya dari Allah!..*Sanggup kau jah!.

Oleh yang demikian, titipkan lah rasa cinta yang utama itu kepada Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

InsyaAllah, cinta kita kepada Allah tidak akan pernah bertepuk sebelah tangan..Ya, itu pasti..:)

Kalau nak cerita la kan kisah cinta Allah kepada hamba-hambanya ni...Terlaaaaaaaaluuuuuuuu lah banyak!!..

(kang smpai esok taip xhabis..:))

Akhir kata, sebelum berundur diri, sila baca dan faham segala wadah ini ya..

cheerr...:))


Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatan untuk mencintaimu.

Ya Muhaimim jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya bertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku
dalam jurang cinta nafsu...



Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling daripada hatiMu..


Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalanMu..

Ya Allah jika aku menikmati cinta
kekasihMu,janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat di
sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati
pada kekasihMu,jangan biarkan
aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah jika Kau halalkan aku
merindui kekasihMu,jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepadaMu...
AMIN..

Doaku..
moga kita sama-sama
berjaya di dunia dan akhirat..
berjaya dalam mengharungi
segala dugaan dan cabaran
yang sememangnya menguji
kekuatan iman..
kerana tapak iman itulah
yang menemukan cinta
yang selama ini telah hilang

Semoga Allah Redha..:)

2 comments:

Sila komen kalau rasa suka..Kalau xsuka pun komen je..:)
Sini tiada yang akan makan hati..:)..Eh?!.