Thursday, December 20, 2012

Alhamdulillah Ya Allah, Senyum Berpanjangan Insya Allah..:)


Assalamualaikum,

Lama tidak mencoret.

Ya, Afiqah sekarang ini banyak tanggungjawab yang mesti di pikul.
Terasa sakit-sakit bahu,
 lenguh-lenguh setiap anggota..
*Ok,tipu..:D xda la sampai macam lemah longlai segala...

Harini hari Khamis..:)
Esok Jumaat,Sabtu, Ahad dan seterusnya, bermula lah minggu ulangkaji

Dah 3 Sem menuntut ilmu di Unimas tercinta ini..

*Saya memang CINTA Unimas..
*Saya CINTA sahabat saya di Unimas
*Saya CINTA persekitaran, setiap pergerakan waktu dan setiap apa yang berlaku di Unimas..
Sama ada, semuanya berlaku dengan baik ataupun tidak..:)
Kerana sesungguhnya, saya cintakan perjalanan hidup saya di Unimas ini..:)

Berbalik kepada yang utama,
Sebenarnya rasa syukur Alhamdulillah yang teramat sebab semua presentation dah habis!!..oyea..
Rumus perjalanan sepanjang semester ini, assingment, lab report, report field trip, presentation dan sebagainya....

Sangatlah banyak.................

Tapi sedar tak sedar, putaran waktu aturan Allah itu, membawa makna..
iaitu, kepuasan bila semuanya dah selesai..kan?.:)
Pernah dulu mengomel dengan seorang sahabat sebab terlalu banyak kerja
Dan sedikit cemburu, sebab sahabat ini, umpama tiada tugasan yang perlu dilakukan?.
Xadil yok?..

Syukur sebenarnya....
Sebab, dalam kesibukan menyiapkan tugasan itu, malaikat sering mendoakan kita..
Keluar langkah berjalan ke cais untuk menuntut ilmu itu pun malaikat turunkan rahmat..
Bagus kan?.:) :)

Maka, beruntunglah orang yang menuntut ilmu...:)

Dan...

Dalam kesibukan menyiapkan tugasan, ada pula majlis-majlis lain yang bertandang sama ada sebagai penganjur atau peserta.

Penat?. Ya Allah, proses sebelum, semasa, selepas tu memang kadang-kadang menguji kesabaran..

Tapi kena ingat juga, setiap program yang kita anjurkan, yang membawa kebaikan kepada orang lain, MANIS rasanya, Allah bantu dari setiap segi, dalam setiap saat. Pahala berterusan insyaAllah..:)

Menyertai majlis ilmu, buang masa sebab kadang-kadang xdapat apa-apa pengisian pun?. Sekadar duduk mendengar dan balik membawa tangan yang kosong?.
*Kadang-kadang dapat makanan free..:P

Ya Allah, betapa ruginya insan yang menghadiri majlis ilmu tetapi tiada pengisian kerana sesungguhnya, rahmat Allah itu turun kepada anda yang menghadiri majlis ilmu dan selama anda mendengar ilmu tersebut, mescaya dituliskan bagimu kebajikan. Penuhi majlis imu, ringankan hati bukan setakat kaki kerana sesungguhnya...

Rasulullah s.a.w. pada penghujug hayatnya, pernah memanggil Sayidina Ali bin Abi Talib.
Baginda mewasiatkan kepadanya: 

Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu , maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk Allah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Astagfirullah...
Semoga dipermudahkan dalam urusan menjaga hati..

Akhir kata, saya terpaksa pendekkan penulisan ini kerana
Esok kena hantar tugasan terakhir. Masih ada yang belum lengkap.
Ok jangan lagha Afiqah..
Bye. Assalamualaikum
Fi amanillah..:)


*Ya Allah, kurniakan aku hati yang baru,
Hati yang dalamnya tiada keluh kesah,
Hati yang elok pekertinya,
Hati yang membenarkan sesuatu yang benar dan menidakkan sesuatu yang salah..
Hati yang Hidupnya hanya kerana Rahmat-Mu Ya Allah..:)

Insya Allah..:)

Coretan ini semua adalah untuk peringatan diri sendiri yang lalai dan sering alpa..=.=

#Sahabat.. Doakan saya dalam menempuh peperiksaan Akhir Semester 3 ini.
Semoga peroleh keberkatan dan keredaan-Nya.
:)


3 comments:

Sila komen kalau rasa suka..Kalau xsuka pun komen je..:)
Sini tiada yang akan makan hati..:)..Eh?!.